20 Ogos 2015

Kem Ibadah Tahun 6 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada hujung minggu yang lalu pelajar tahun 6 telah berkampung di sekolah untuk sama-sama menjayakan PROGRAM KEM IBADAH.

Secara totalnya program ini berkehendakkan kita agar sama-sama menilai semula segala ibadah harian terutamanya solat agar di lakukan dengan sempurna tanpa sebarang kesalahan kecil. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Untuk makluman, program ini telah di adakan di SKK4 sendiri selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai pengisian bagi pelajar tahun 6. Antaranya ialah sukaneka, senamaerobik. LDK, qiamulail dan pelbagai lagi.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang sama-sama menjayakan program ini sehingga ke penghujungnya. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat kecemerlangan di dalam UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi.