30 September 2015

KM1M


KM1M merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

14 September 2015

Pertandingan Frog VLE Champion



Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu tahap satu dan tahap dua. Daripada setiap tahap akan dipilih 5 pemenang.

kreteria dahsboard yang akan dinilai ialah:

1. Cantik
2. Berinformasi
3. Terkini

20 Ogos 2015

Kem Ibadah Tahun 6 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada hujung minggu yang lalu pelajar tahun 6 telah berkampung di sekolah untuk sama-sama menjayakan PROGRAM KEM IBADAH.

Secara totalnya program ini berkehendakkan kita agar sama-sama menilai semula segala ibadah harian terutamanya solat agar di lakukan dengan sempurna tanpa sebarang kesalahan kecil. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Untuk makluman, program ini telah di adakan di SKK4 sendiri selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai pengisian bagi pelajar tahun 6. Antaranya ialah sukaneka, senamaerobik. LDK, qiamulail dan pelbagai lagi.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang sama-sama menjayakan program ini sehingga ke penghujungnya. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat kecemerlangan di dalam UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi.